Sunday, October 30, 2016

Kebebasan Majlis Peguam Malaysia: Mitos Atau Realiti?

MAJLIS Peguam Malaysia atau dikenali sebagai Malaysian Bar Council umumnya diketahui sebagai sebuah badan yang mewakili pengamal-pengamal undang-undang di Malaysia atau lebih tepat sebuah badan yang menjaga kebajikan mereka. Persoalannya, adakah ini benar-benar berlaku? Adakah perjalanan badan ini selaras dengan objektif utama penubuhannya?

Sebagai introduksi, penulis ceritakan serba sedikit sejarah penubuhan badan peguam ini. Badan peguam ditubuhkan sejak sebelum merdeka lagi. Diterajui oleh jawatankuasa yang terdiri daripada peguam-peguam bijak pandai dan hebat-hebat belaka.

Majlis Peguam Malaysia terdiri daripada 38 ahli yang dipilih setiap tahun untuk mengendalikan urusan-urusan dan melaksanakan fungsi-fungsi badan ini, antaranya ialah Presiden, Naib Presiden, bekas Presiden yang terkini, Pengerusi bagi setiap Jawatankuasa Peguam Negeri, seorang wakil daripada setiap Jawatankuasa Peguam Negeri, dan 12 ahli yang dipilih dari seluruh Semenanjung Malaysia melalui undi pos.

Ahli-ahli jawatankuasa Majlis Peguam Malaysia yang terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, Setiausaha dan Bendahari dipilih setiap tahun oleh Majlis Peguam dalam mesyuarat pertama yang secara tradisi diadakan sebaik saja Mesyuarat Agung Tahunan tamat. Ahli-ahli jawatankuasa adalah pengamal undang-undang sepenuh masa dan pelantikan-pelantikan kehormat ini adalah tertakluk kepada pemilihan semula setiap tahun.

Melainkan jawatan Bendahari yang tidak diperuntukkan dalam Akta Profesion Undang-Undang, setiap ahli jawatankuasa tidak boleh memegang jawatannya melebihi dua tahun berturut-turut. Ahli-ahli jawatankuasa me­me­gang jawatan ketika dipilih oleh mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Agung Tahunan tamat sehingga Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya. Mereka berkhidmat secara sambilan dan sukarela kerana akta tersebut melarang sebarang pembayaran gaji.

Cukup setakat itu pengenalan majlis peguam, sekarang apa yang ingin penulis tekankan dalam entri kali ini adalah fungsi badan peguam ini. Secara amnya, untuk memastikan keberkesanan dan kecekapan pengurusan tentang urusan-urusan Majlis Peguam Malaysia, badan peguam ini menugaskan kuasa dan fungsi-fungsi Jawatankuasa dari semasa ke semasa kepada jawatankuasa-jawatankuasa negeri di seluruh Malaysia atau kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang dilantik dalam badan peguam sendiri. Persoalannya, adakah badan peguam yang dibarisi oleh jawatankuasa bijak pandai memenuhi objektif asal penubuhannya iaitu menjaga kebajikan ahli-ahlinya atau sebaliknya?

Secara amnya, jawatankuasa peguam negeri dan jawatankuasa Majlis Peguam adalah tidak bebas dan tidak mempunyai kuasa di bawah akta untuk mengemukakan sebarang pendapat bagi pihak Majlis Peguam Malaysia. Bagaimanapun, dewasa kini, sering kali kita mendengar cerita-cerita yang melibatkan badan ini yang dikatakan tidak lagi independent dan telus. Majlis Peguam lebih berminat dan mengambil peduli mengenai isu politik dan tidak lagi memberi fokus kepada objektif asal. Sebagai contoh, dalam suatu kes di Mahkamah Persekutuan yang melibatkan pe­mimpin pembangkang, Majlis Peguam telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik mahkamah itu tanpa menunggu alasan penghakiman rasmi dari mahkamah tersebut.

Pada pandangan penulis, perkara ini tidak seharusnya berlaku. Seperti perkara-perkara lain, janganlah kita menghakimi sesuatu keputusan itu tanpa sebarang asas yang kukuh kerana kelak ia akan memakan diri sendiri. Ia seum­pama pergi berperang tanpa menyediakan senjata.

Daripada mengambil peduli mengenai situasi politik di Malaysia, penulis menyarankan agar badan peguam ini ambil peduli mengenai kebajikan pengamal-pengamal undang-undang di Malaysia. Antaranya, isu bayaran fi guaman yang telah sekian lama membelenggu peguam-peguam. Sudah tidak asing lagi kita mendengar rungutan peguam-peguam tidak menerima bayaran fi guaman seperti yang sepatutnya.

Lebih parah lagi bayaran tidak diterima walaupun se­suatu kes itu telah tamat dengan jayanya. Untuk isu ini, penulis ingin bertanya pernahkah badan peguam terfikir sebarang inisiatif untuk membantu pengamal-pengamal undang-undang yang terkait dalam isu seumpama ini?

Perlu diingatkan peguam-peguam juga mencari rezeki untuk kelangsungan hidup. Sekiranya masalah ini berterusan, tidak mustahil banyak firma guaman juga akan gulung tikar. Bukanlah penulis bertindak kejam, bagi yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat guaman, ­khidmat guaman percuma diberikan oleh yayasan bantuan guaman. Jadi untuk bersikap adil, kebajikan peguam-peguam juga perlu dijaga.

Sebagai contoh, penulis mencadangkan agar badan peguam mengeluarkan suatu peraturan baharu yang mana sekiranya fi guaman belum dijelaskan oleh anak guam, peguam yang baharu tidak dibenarkan untuk mengambil alih kes tersebut. Dengan cara ini, peguam yang baharu mengambil alih kes tersebut juga tidak akan mengalami masalah yang sama iaitu tidak mendapat fi guaman sewajarnya. Cara ini adalah lebih adil kepada semua pihak.

Anehnya, masalah ini hampir tidak wujud di negara ­seperti England, yang juga mempunyai majlis peguam mereka. Kesimpulannya, majlis peguam di England lebih peka terhadap kepentingan ahli mereka.

Kedua, berhubung dengan isu pengiraan undian semasa pilihan raya untuk menentukan ahli jawatankuasa. Dalam isu ini, calon yang bertanding tidak dibenarkan untuk memerhati proses kiraan undian melalui kaca matanya sendiri. Penulis sendiri mengalami situasi ini di mana penulis dibenarkan untuk memerhati pengiraan hanya melalui live streaming terhadap satu saluran pengiraan dari enam saluran kesemuanya. Sepanjang penglibatan penulis dalam bidang guaman selama lebih kurang 20 tahun, tiada mana-mana peruntukan undang-undang yang membolehkan proses ini berlaku.

Penulis berpendapat adalah lebih baik sekiranya kelemahan dalam proses kiraan undian ini diperbaiki terlebih dahulu sebelum pihak badan peguam mengkritik proses pilihan raya umum secara amnya. Ini kerana untuk memperbaiki kelemahan orang lain, adalah lebih afdal sekiranya kita memperbaiki kelemahan diri sendiri.

Penulisan di atas hanyalah luahan penulis sebagai pengamal undang-undang. Lebih elok sekiranya badan peguam memberi lebih perhatian kepada kebajikan ahli-ahlinya tanpa terikat atau berpegang pada sebarang fahaman politik. Kekalkanlah integriti serta impartiality badan ini. Tidak hairanlah mengapa kerajaan mengesyorkan pindaan drastik terhadap Akta Profesion Undang-undang baru-baru ini. Renungkan. - Datuk M Reza Hassan

Friday, October 28, 2016

Terpadamkah Legasi Tun Dr Mahathir Dengan Wawasan Baharu Najib?


SEJAK timbul isu untuk memadam legasi Tun Dr Mahathir Mohamad melalui jawapan balas seorang menteri yang tak perlulah disebut namanya kerana apa yang dikatakan itu boleh memalukan dirinya, Pedang sudah mengagak sesungguhnya apa yang dibina dan diasaskan bekas Perdana Menteri itu tak mungkin boleh dipadam di ataskanvas sejarah Malaysia.

Tidak mungkin pemerintahan Datuk Seri Najib Razak boleh merobohkan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang terus menjadi mercu tanda utama negara. Tak mungkin Kompleks Pentadbiran Kerajaan Putrajaya, mahu dijadikan muzium, begitu juga rumah Perdana Menteri sekarang, selain Lapangan Terbang Antarabangsa KualaLumpur (KLIA) di Sepang.

Proton boleh ditukar nama, dijual kepada syarikat asing. Namun, selagi ada kereta jenis Proton di atas jalan raya di negara ini, rakyat akan kekal mengingati Tun Dr Mahathir. Kita tidak ingat lagi kepada orang yang memberi nama SAGA, tetapi orang akan tetap ingat ‘Proton ialah Tun Dr Mahathir’; ‘Putrajaya ialah Tun Dr Mahathir’; ‘Cyberjaya ialah Tun Dr Mahathir’; ‘KLCC ialah Tun Dr Mahathir’; KLIA ialah Tun Dr Mahathir’.

Semua itu didirikan menerusi ilham Tun Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri. Semua itu, adalah antara legasi ditinggalkan beliau, walau tidak diminta untuk diingati, namun seluruh rakyat Malaysia pasti tahu siapa yang membina tempat-tempat berkenaan.

Namun, ada juga apa yang diasaskan dan menjadi harapan Tun Dr Mahathir serta rakyat Malaysia yang boleh dipadamkan.

Wawasan 2020 yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir pada 1991, menjadi mangsa. Sesungguhnya, ‘perang’ Mahathir-Najib, menyebabkan Perdana Menteri sekarang bersungguh-sungguh mahu mamadam legasi Tun M. Keengganan meneruskan wawasan yang ditinggalkan dan hanya berbaki empat tahun lagi untuk dicapai, adalah buktinya.

Menurut laporan sebelum ini, Najib pada 19 Julai 2010 menjelaskan kepada Dewan Rakyat bahawa Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir telah diterima sebagai dasar dan wawasan negara.

Sehubungan itu, katanya, sesiapa jua yang mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas Tun M akan komited untuk menjayakan wawasan itu, sekali gus memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

“Walaupun Wawasan 2020 diilhamkan oleh Dr Mahathir tetapi ia diterima sebagai dasar wawasan negara dan siapa sahaja pemimpin selepas beliau akan komited untuk menjayakannya. Oleh itu, kerajaan pada setiap masa sedia menerima pendapat semua pihak bagi menjayakan wawasan itu termasuk daripada Dr Mahathir sendiri.”Demikian kata Najib. Namun, kita harus menerima hakikat bahawa ‘anak sungai pun berubah…

Daripada ucapan Bajet 2017 Jumaat lalu, kita sudah mengetahui hasrat Najib untuk memadam legasi Tun M.

“TN50, inilah azimat kita mulai kini. Biarlah legasi lama berlalu pergi. Harapan masa depan Malaysia kita baharui. Biarlah TN50 jadi saksi, kita adalah bapa atau nenek moyang yang bertanggungjawab mewariskan (masa depan) yang terbaik dan terhebat kepada generasi hari muka (akan datang)”. Itu kata Najib.

Pedang tidak nafikan, setiap Perdana Menteri mempunyai wawasan dan visinya sendiri. Begitu juga Najib.

Najib berkata bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan bapanya berjaya mencapai sasaran dalam tempoh 30 tahun (1970, 1980, 1990) dan TN50 juga dijangka mengambil tempoh sama untuk proses dan gerak kerja.

Ketika tamatnya DEB pada tahun 1990, Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara (DPN) pada 1991. Serentak itu, beliau memperkenalkan Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Yang dimaksudkan dengan sepenuhnya, terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga politik, sosial, kerohanian, psikologi, perpaduan nasional dan sosia. Semuanya membabitkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta keyakinan.

Sembilan matlamat utama Wawasan 2020 ialah:
1.Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara;

2.Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;

3.Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun;

4.Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.;

5.Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

6.Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan;

7.Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh;

8.Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi; dan

9.Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.


Tun Dr Mahathir telah menggariskan sembilan cabaran strategik yang mesti diatasi bagi mencapai Wawasan 2020.

Cabaran 1: Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Cabaran 2: Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.
Cabaran 3: Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
Cabaran 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
Cabaran 6: Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
Cabaran 7: Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
Cabaran 8: Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
Cabaran 9: Memupuk dan membina masyarakat makmur.

Yang pasti wawasan dibina Najib juga akan diingati, tetapi secara negatif. Syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepatutnya meninggalkan legasi positif, namun sebaliknya ia dipenuhi skandal kerana ‘kehilangan’ dana berbilion-bilion ringgit. - Kata Pedang

Thursday, October 27, 2016

Mempertahankan Bahasa Melayu

“PEMIMPIN Melayu juga, jangan be­gitu cepat mencu­
rah air daripada tempayan, kerana men­dengar dentuman guruh di langit. Anak Melayu yang sudah tinggi pengajiannya, sudah tinggi ilmunya, sudah tinggi jawatannya, berhentilah daripada bersifat kacang lupakan kulit. Janganlah ilmu dan pengetahuan, status dan pangkat, yang membolehkan anak Melayu sudah pandai bersarapan keju dan sosej, menjadikan anak Melayu terlupa daratan.

“Justeru, memberikan martabat dan kemuliaan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan itu adalah sebahagian daripada semangat perjanjian kemerdekaan yang perlu terus dihidupkan dan obor memperjuangkannya hendaklah dinyalakan sepanjang masa”. Begitulah antara titah ucapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam Majlis Titah Diraja di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini.

Apa yang dititahkan oleh Sultan Nazrin adalah satu saranan yang perlu diberikan perhatian serius agar bahasa Melayu terus dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan yang semestinya menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Dan dalam mengejar arus pembangunan dan pemodenan, inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh seluruh masyarakat Malaysia iaitu untuk terus mempertahankan kedaulatan bahasa kebangsaan.

Pada suatu ketika dahulu, ketika Kerajaan Melayu Melaka terkenal di serata dunia, bahasa Melayu juga telah dimartabatkan sebagai bahasa ilmu dan bahasa undang-undang serta ketatanegaraan, manakala elemen ke­susasteraan bahasa Melayu yang tinggi telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang ­paling unggul di rantau ini.

Namun ini adalah senario beratus-ratus tahun dahulu. Kini tidak salah jika ada pihak yang beranggapan bahawa bahasa Melayu tidak lagi berfungsi dengan sebaik-baiknya untuk dijadikan sebagai bahasa tamadun. Mungkin kenyataan ini dianggap ke­terlaluan tetapi pada masa sama kemungkinan itu boleh berlaku jika kita membiarkan bahasa Melayu terus tenggelam di bawah arus kemajuan dan pemodenan.

Lihat sahaja ibu bapa hari ini yang terus mendidik anak-anak sejak dari kecil lagi supaya pandai berbahasa Inggeris. Tidak ada salahnya usaha ini. Bahkan ia adalah usaha yang baik. Apatah lagi jika seseorang itu mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik, maka pastinya akan membuka peluang yang lebih luas untuk mendapatkan pekerjaan.

Namun apa yang me­nyedihkan apabila bahasa Melayu dianaktirikan oleh sebilangan masyarakat kita termasuklah mereka yang berbangsa Melayu. Mungkin ada yang beranggapan masyarakat akan lebih memandang tinggi pada mereka yang fasih dalam bahasa Inggeris.

Penulis bernasib baik kerana pernah berbual kosong dengan pakar bahasa Melayu dan Inggeris, Adibah Amin tentang isu bahasa Melayu ini. Daripada pengalaman yang Adibah lalui, beliau ada menceritakan bagaimana orang kita lebih suka menggunakan alasan “kalau gunakan bahasa Inggeris senang sikit dan lagi sedap bunyinya, tapi kalau gunakan bahasa Melayu, janggal sungguh bunyinya” apabila kehilangan idea untuk berkarya dalam bahasa Melayu.

Dalam hal ini, Adibah pernah memberikan nasihat supaya kita rajin sedikit mencari ayat dalam bahasa Melayu yang boleh menan­dingi mahupun lebih baik daripada bahasa asing. Orang kita lebih suka mengambil jalan mudah dan menyalahkan bahasa Melayu yang dikatakan tidak cukup hebat. Rasanya tidak perlu diingatkan bahawa bahasa Melayu ini kaya dengan perbendaharaan dan kiasannya. Kehalusan bahasa Melayu mampu meruntun jiwa mereka yang mendengarnya manakala sindirannya pula sukar untuk ditandingi oleh bahasa asing lain.

Penulis juga pernah membaca temuramah Prof. Madya Dr. Lim Sweet Tin dengan sebuah akhbar tempatan tentang isu bahasa Melayu. Swee Tin ialah penyair, penulis dan pakar bahasa Me­layu yang hebat dan pernah di­anugerahkan SEA Write Award 2000 iaitu satu penghargaan ter­tinggi dalam bidang kesusasteraan di Asia Tenggara oleh kerajaan diraja Thailand.

Dan ada juga antara karya beliau dalam bahasa Melayu yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Cina, Thailand, Jerman, Portugis serta beberapa lagi bahasa dunia yang lain. Kejayaan beliau membuktikan bahawa bahasa Me­layu adalah milik semua bangsa di Malaysia. Bahasa kebangsaan inilah yang merapatkan lagi perhubungan dan keharmonian sesama kaum di Malaysia.

Sebagaimana maklum, Oktober adalah bulan bahasa Kebangsaan. Difahamkan juga banyak program yang telah dirancang dan dilaksanakan untuk terus memartabatkan bahasa kebangsaan kita ini. Janganlah program yang telah diatur ini hanya bersemarak pada bulan ini sahaja dan kemudian terus menyepi sehingga tahun depan.

Bahasa Melayu pernah merasai zaman gemilangnya dan terpulang kepada kita semua untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan bahasa Melayu di rantau ini.

Oleh : Shahbudin Embun

Wednesday, October 26, 2016

Pentingnya Menjaga Kawasan Intim

Menurut kajian. kira-kira 50 peratus wanita menggunakan sabun biasa atau sabun mandi untuk mencuci bahagian sulit mereka, sedangkan kandungan pH di dalam sabun mandi berbeza dengan nilai pH yang diperlukan pada bahagian itu.

Walaupun sebab di sebalik tabiat ini tidak dinyatakan, namun boleh berlaku disebabkan kebanyakan wanita hanya menggunakan satu pencuci sahaja bagi keseluruhan tubuh. Mereka tidak berfikir dua kali tentang kawasan intim yang memerlukan penjagaan khas.

Ramai yang tidak tahu, penggunaan produk yang bukan direka untuk bahagian tersebut mungkin boleh memudaratkan.Ini seperti kejadian jangkitan kuman atau rengsa, pH vagina berubah, berbau, gatal, dan keputihan.

Menurut Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Primanora, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar, vagina yang sihat bergantung kepada tiga faktor iaitu keseimbangan pH, bakteria yang sihat dan kandungan glikogen epitelium, yang mana jika salah satunya tidak berfungsi dengan baik, boleh menyebabkan pelbagai gejala dan masalah.

Katanya, kawasan vagina adalah satu ekosistem dinamik yang mengandungi kira-kira 109 koloni bakteria yang menyebabkan keputihan normal berwarna putih, tidak berbau dan kelikatan yang tinggi.

Organisma bakteria normal dikuasai lactobacilli bersama patogen-patogen lain, dengan keadaan vagina yang berasid iaitu nilai pH 3.8 sehingga 4.2 akan menghalang pertumbuhan bakteria-bakteria memudaratkan.

“Jika tidak diberi perhatian, masalah-masalah yang lebih serius boleh berlaku seperti STD (jangkitan penularan seksual), HIV, perkembangan PID (penyakit keradangan pelvik), kemandulan, kanser servik, kelahiran pramatang dan kematian bayi dalam kandungan.

“Jadi amat penting bagi setiap wanita mengetahui tentang kesihatan vagina mereka di mana keseimbangan pH vagina boleh berubah disebabkan oleh keadaan tertentu yang jarang dipedulikan.

“Mereka tidak tahu bahawa faktor perubahan hormon dan peningkatan usia boleh menyebabkan pH vagina berubah. Faktor-faktor lain seperti menopaus, melahirkan anak, diabetes, stres, merokok, dan mengamalkan pemakanan tidak sihat seperti makanan ringan boleh mengundang kepada masalah ini,” katanya ketika ditemui dalam sidang meja bulat kepentingan penjagaan vagina anjuran pencuci harian feminin, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelasnya, penjagaan bahagian intim seringkali dipandang remeh dan kebanyakan isu yang berkait rapat dengannya dipandang ringan sehingga membawa kepada masalah yang begitu besar kepada kesihatan wanita.

Ujarnya, wanita di negara ini masih menganggap kesihatan bahagian intim tidak boleh dibincang secara terbuka kerana sesuatu yang tabu untuk diperkata.

Ini menyebabkan mereka lebih banyak berdiam diri dan tidak mahu mengambil tahu tentang penjagaan sepatutnya perlu dilakukan pada anggota sulit mereka.

“Kerana sikap malu begini, kebanyakan wanita mengambil jalan pintas dengan mencari informasi sendiri di sumber-sumber yang tidak sahih di Internet.

“Akibatnya, maklumat yang diperoleh mungkin tidak membantu dan akhirnya menggunakan produk yang tidak dicipta khas untuk bahagian intim seperti sabun mandi di dalam bilik mandi,” katanya.

Mahu mengubah sikap tersebut kerana hanya mengundang bahaya kepada alat sulit wanita, Dr. Nor Ashikin menyarankan wanita supaya bijak memilih produk pencuci yang kaya dengan kandungan semula jadi dan prebiotik dalam usaha untuk melindungi bahagian intim daripada pelbagai gejala yang berkait rapat dengan ketidakseimbangan pH.

Selain itu, dia menggalakkan wanita memilih seluar dalam jenis kain kapas supaya bahagian intim kering sentiasa dan menukar segera seluar dalam yang bersih selepas berenang atau melakukan aktiviti air.

“Bagi yang tidak tahu, antibiotik yang tidak penting untuk diamalkan perlu dielakkan dan bersihkan kawasan intim anda setiap kali selepas melakukan aktiviti seksual. Ketika datang bulan pula, amat penting untuk kerap menukar tuala wanita anda dan menguruskan tekanan anda dengan lebih baik,” ujarnya.

Adalah penting bagi wanita untuk mengetahui keperluan sebenar penjagaan kawasan intim apabila mereka memilih produk pencuci wanita sebagai ‘produk wajib’ untuk kegunaan seharian.

Sunday, October 23, 2016

Petua Karut Ketika Berjimak

JIKA ada yang berpesan kepada anda supaya jangan melihat kemaluan isteri ketika sedang melakukan hubungan kelamin kerana boleh mengakibatkan buta. Bahkan petua tersebut dikatakan Rasulullah SAW sendiri yang melarangnya. Maka, apa pendapat anda? Apa yang akan anda lakukan?

Bertenang. Usah gusar. Jangan panik. Sebenarnya apa sahaja petua, galakan atau larangan yang disandarkan kepada agama, maka langkah pertama yang perlu kita lakukan ialah memastikan kesahihan sumbernya. Jadi, disiplinkan diri untuk mengenal pasti terlebih dahulu apakah dalil yang menjadi sandaran kepada sesuatu suruhan atau larangan berkaitan agama. Walaupun orang yang menyebutnya bergelar ustaz, tuan guru, habib, mufti atau sesiapa sahaja. Ini kerana agama ini adalah milik ALLAH SWT yang mempunyai disiplin dan metode tersendiri. Tidak boleh mengaitkan sesuatu dengan agama melainkan ia bersandarkan kepada ALLAH dan juga Rasulullah SAW.

Jadi, berbalik kepada larangan melihat kemaluan isteri ketika bersetubuh kerana ia boleh mengakibatkan buta. Dari mana larangan sebegini boleh muncul? Sebenarnya ia diambil daripada hadis palsu:

"Apabila salah seorang antara kamu semua sedang berjimak (bersetubuh), maka janganlah dia melihat kepada faraj (kemaluan isteri) kerana perbuatan itu akan mengakibatkan buta, dan janganlah memperbanyakkan bercakap, kerana hal itu akan mengakibatkan bisu."

Ibn Al-Jauzi memasukkan hadis ini dalam senarai hadis palsu dalam bukunya Al-Maudhuat. (Rujuk: Ibn Al-Jauzi, Al-Maughu'at (Madinah: Maktabah Al-Salafiyah, 1966) 2/272)

Hadis ini dihukum sebagai palsu kerana dalam sanadnya terdapat penyampai hadis bernama Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Qusyairi. Menurut Imam Al-Zahabi, Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Qusyairi ini adalah seorang yang tidak dipercayai. Imam Al-Azdi dan Al-Daruqutni pula mengatakan beliau adalah seorang pendusta yang perlu ditinggalkan hadis yang disampaikan olehnya.

Melihat kepada maksud hadis ini sendiri kita sudah boleh mengagak ia adalah palsu dan tidak mungkin Rasulullah SAW mengucapkannya. Mustahil syariat Islam yang telah menghalalkan hubungan kelamin di antara suami dan isteri, dalam masa yang sama melarang si suami melihat faraj isterinya.

Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya, daripada Sulaiman Al-Taimi bahawa dia pernah ditanya mengenai apakah hukumnya seseorang itu melihat faraj isterinya? Maka dia pun menjawab: "Aku pernah bertanya soalan ini kepada 'Atha', lalu dia menjawab: "Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah, dan 'Aisyah menjawab: "Aku pernah mandi bersama Rasulullah SAW dalam satu bekas, hingga aku mengatakan: Biarkan air itu untukku, biarkan untukku." (Hadis Hasan, no 5577)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani dalam Fath Al-Bari mengatakan: "Hadis ini adalah hujah perihal bolehnya seseorang untuk melihat aurat isterinya, demikian juga sebaliknya". Maka, tidak ada bezanya melihat ketika mandi dan ketika berjimak.

Kalaulah perkara ini dilarang, kemungkinan ia akan menjejaskan kenikmatan ketika hubungan suami dan isteri. Sedangkan syariat mengizinkan pasangan suami isteri untuk masing-masing merasai nikmat tersebut. ALLAH menggambarkan dalam al-Quran bahawa si isteri itu umpama ladang bagi si suami. Jadi, si suami boleh mendatangi isterinya menurut cara yang disukai pada tempat menanam benih. Firman-Nya: "Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai..." (Surah Al-Baqarah: 223)

Kenapa syariat membolehkan perkara ini? Sudah tentu salah satu sebabnya ialah untuk memberikan peluang kepada pasangan suami isteri saling merasai kenikmatan tersebut dengan cara yang halal lagi diredai.

Cumanya, syariat juga menetapkan garis panduan yang memang tidak boleh dilakukan semasa hubungan suami isteri. Antaranya ialah, syariat mengharamkan si suami mendatangi isterinya dari bahagian belakang (dubur) isterinya berdasarkan beberapa hadis yang diterima.

Antaranya ialah hadis berikut: "Apabila golongan Muhajirin datang ke perkampungan kaum Ansar, mereka pun menikahi wanita Ansar. Golongan muhajirin biasa menelungkupkan isterinya ketika bersetubuh, sedangkan kaum Ansar tidak biasa melakukannya. Suatu ketika ada seorang lelaki Muhajirin hendak menyetubuhi isterinya daripada kaum Ansar dengan cara seperti itu (melalui dubur), tetapi si isteri menolak sebelum ada kejelasan hukumnya daripada Rasulullah SAW. Lalu dia pun berjumpa Rasulullah SAW. Tetapi dia berasa malu untuk bertanya terus kepada Rasulullah SAW. Maka dia bertanya kepada Ummu Salamah (isteri Nabi SAW) supaya ditanya kepada Baginda SAW. Lalu, turunlah ayat 223 daripada Surah Al-Baqarah.

Rasulullah SAW lalu menjawab: "Tidak boleh (melalui dubur) melainkan pada satu jalan sahaja (faraj)." (Riwayat Ahmad, Al-Tirmizi dan beliau menyatakan ia sahih)

Berkenaan larangan memperbanyakkan bercakap ketika bersetubuh suami isteri seperti yang disebutkan dalam hadis palsu ini, memang ia suatu tindakan yang tidak sesuai. Banyak bercakap dan berbincang perkara-perkara lain ketika melakukan hubungan intim memang tidak munasabah, sedangkan perkara tersebut boleh dibualkan pada masa lain. Tetapi, jika si suami atau isteri mengungkapkan sesuatu yang manis dan indah yang boleh meningkatkan perasaan kasih sayang ketika itu, maka ia tidak menjadi kesalahan.

Justeru, kepada pasangan suami isteri, syariat telah mengikat hubungan anda dengan cara yang halal dan sah. Isteri adalah hadiah buat suami. Suami adalah anugerah buat isteri. Raikannya dengan kegembiraan dan kesyukuran. Nikmati ia dengan cara yang halal. Pelihara, pagari, sirami dan bajai ladang masing-masing agar ia terus subur dan mekar. Percayalah, kenikmatan dan keseronokan yang dirasai oleh suami isteri sedikit pun tidak akan disia-siakan di sisi Tuhan kerana pada hubungan intim juga adalah ladang menuai pahala.

Saturday, October 22, 2016

9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam

1. Khalid Bin Walid Khalid ibn al-Walid (584 - 642)
Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-pangli­­ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.

2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )
Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya­­annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193) 
Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud

4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.

5.Sa'ad bin Abi Waqqas.
Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.

6. Tariq Bin Ziyad. 
Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M


7. Syurahbil bin Hasanah(583-639)
Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.

8. Abdullah bin Aamir.
Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.

9. Amru Bin Ash.
Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang. Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.- Sumber

Wednesday, October 19, 2016

Cukup Islamkah kita?

Tandas pun tak terurus:
BARU-BARU ini saya me­ngam­bil seorang kenalan yang baru pulang dari luar negara. Masuk sahaja dalam kereta dia memuji negara yang dikunjunginya itu. Itu bagus, ini bagus.

Negara itu dihuni oleh orang bukan Islam, cuma ada 0.1 peratus sahaja Islam, tetapi negaranya lebih Islam dari negara yang kononnya mengaku negara Islam. Bukan sahaja orangnya begitu baik, bersopan dan santun, kebersihan amat baik, makan atas meja tidak ber­terabur, jumpa orang tunduk. Pendek kata semuanya sempurna.

Jejak sahaja kaki di airport kita, tanah air ini jiwa saya tiba-tiba memberontak, katanya.

“Tiba-tiba hati saya jadi panas. Bilik air di lapangan punyalah kotor dan berbau hancing.”

“Toksah cakaplah lain-lain hal kertas duduk atas mangkuk tandas pun tak ada, tisu pun lintang-pukang.”

Amarahnya cukup memuncak. “Ada ke pekerja yang ada dalam tandas itu sedang bermain dengan telefon!

“Saya lagi panas. Saya cakap kuat kat dia (pekerja asing itu) “jangan main telefon, buat kerja” -- macam aku pula mandur. Semua orang pandang.”

Itu satu bab. Beberapa hari lalu, hujung minggu, saya menghadiri satu majlis perkahwinan. Kebetulan seseorang yang duduk satu meja dengan saya pun cakap perkara yang sama. Pasal tandas di KLIA.

Aik, saya kata dalam hati. Dia pun komplen? Sipi-sipi saya curi dengar. Dia kata KLIA sekarang tak macam dulu. Di mana silapnya? Adakah kontraktor pembersih kita adalah pembida paling murah? Jika murah maka servis yang diberikan pun murahlah, tanyanya?

Akhir­nya dia melalut sehingga membandingkan CEO sekarang dan CEO dahulu, dan sebagainya.

Saya sarankan orang besar yang urus lapangan terbang kita baca ini. Why Changi International Airport is my Favourite. (http://thearticulateceo.typepad.com/my-blog/2010/09/why-changi-international-airport-is my-favourite.html).

Idea untuk menulis Cuit ini berlaku malam kelmarin. Saya pergi menemui keluarga saya warga Arab Saudi, yang tiba di KL dari Alor Setar di KLIA2. Lepas selesai bertemu saya pun singgah di tandas sebelum pulang.

Alamak, airport elok, cantik -- kata hati saya, tapi bau baja urea menusuk batang hidungku. ­Hancingnya. Tandas itu terletak betul-betul di tepi balai ketibaan dalam negeri. Letaklah penyembur wangi ke, kata hati saya.

Tapi semasa melamun, saya teringat beberapa bulan lalu, saya ada menerima komplen daripada seorang kenalan mengenai per­khidmatan airport kita terutama­nya di KLIA yang kurang memuaskan.

Dia kata dalam WhatsApp kepada saya. Mangkuk tandas pecah, tak terurus. Siap dengan gambar dia hantar kepada saya. Tulislah sikit, rayunya kepada saya. Mungkin kerana saya sibuk, saya terlupa dengan rayuan beliau itu. Beliau pun bukan calang-calang orang. Salah seorang pengarah di Tourism Malaysia.

Dia pun frust. Dia pun banyak merantau dan melihat negara lain yang hebat. Tapi apabila di negara sendiri, naik malu dibuatnya. Jalan lubang sana lubang sini. Gerai-gerai surat khabar (newsstand) di kawasan tepi jalan sekitar KLCC, misalnya macam gerai terbiar. Malu kita.

Kenapa tak ambil contoh gerai-gerai akhbar di New York, misalnya?

Itu cerita airport. Baru-baru ini saya menghadiri mesyuarat di Putrajaya. Habis mesyuarat saya singgah di Masjid Putra untuk solat Asar.

Selesai solat, saya turun ke bazar makanan yang terletak di bawah masjid itu. Lapar kerana belum makan tengah hari. Ia dikenali sebagai Souq. Lama saya tak pergi di situ.

Yang ramai di situ ialah pelancong, dan ia adalah salah satu tempat lawatan pelancong.

Saya pun makan di sebuah restoran mamak di situ. Saya bersama seorang rakan, seorang ­wanita.

Dia kemudian masuk ke tandas di hujung gerai mamak itu. Sejurus kemudian dia duduk di meja makan dengan muka berkerut.

“Tak gamak saya masuk toilet itu. Nak duduk atas jamban pun geli. Punyalah busuk dan kotor.”

Mata saya terus melihat ke arah para pelancong yang baru keluar dari tandas itu. Muka mereka tak sekerut muka rakan wanita saya itu.

Tapi dalam hati mereka mungkin berkata “kotornya negara ini. Indah khabar dari rupa...” Jika itulah kata hati mereka, amat malu saya dengan mereka. Souq itu pun kelihatan sudah lusuh dan sudah tidak bermaya. Hati saya cukup sedih. Mutu pengurusan facilities kita sudah cukup hodoh.

Maaflah jika saya mencuit begini. Lagi pun sudah beberapa minggu saya tak mencuit. Maaflah juga kepada pihak-pihak yang terasa.

Saya cukup tersentuh dengan kata-kata rakan saya tadi “negara Islam tapi lebih teruk daripada negara kafir!”

Amarahnya ada benarnya. Kita wajib mensuci diri setelah berjunub, berwuduk -- dari kepala sampai ke kaki -- setiap lima kali bersolat waktu dan setiap kali solat sunat. Tapi cuba tengok di sesetengah tandas kita di masjid-masjid.

Cuba tengok tandas-tandas kita di kedai-kedai makan. Kebersihan tandas adalah refleksi kepada pemilik restoran itu dan pengurusan masjid itu.

Cuba tuan-tuan tengok di masjid-masjid, selepas buang air besar, ada tak disediakan sabun? Cuba survey berapa banyak masjid atau surau yang menyediakannya?

Jika tandas kotor, kotorlah pemilik premis itu. Itu pasal Singapura menjadi negara maju, kerana mereka memberi keutamaan kepada soal tandas! Tandas adalah tanda aras tamadun baharu mereka. Sekian. - Zaini Hassan

Sunday, October 16, 2016

Selamat Hari Makanan Sedunia!

Makanan memberikan kita kehidupan. Makanan men­ce­ritakan budaya dan warisan sesebuah bang­sa. Makanan menyatukan kita dan penceria dalam setiap majlis dan perayaan. Makanan, terutama penghasilannya adalah an­ta­ra cabaran terbesar yang hari ini sedang diha­dapi dunia.

Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), iaitu sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menjelang 2050 penduduk dunia akan mencecah 9.1 bilion orang dan pengeluaran makanan perlu ditingkatkan 70 peratus untuk menepati keperluan ketika itu.Di Malaysia, Jabatan Perangkaan mengunjurkan penduduk negara akan berkembang daripada 31.7 juta tahun ini kepada 38.6 juta pada 2040. Angka ini mungkin akan mencecah 40 juta orang pada tahun 2050.

Dengan keluasan tanah yang kekal sama, dan sumber yang kian terbatas, cabaran kita adalah bagaimana untuk memenuhi keperluan makanan yang semakin mendesak pada masa depan. FAO melihat food security atau jaminan makanan sese­buah negara itu daripada beberapa faktor, iaitu bekalannya (availability), kemampuan rakyatnya (affordability) serta keperluan nutrisi dan keselamatan makanannya (quality and safety).

Negara seperti Singapura, walaupun amat kurang menghasilkan makanannya sendiri, sering diletakkan antara yang teratas dari segi jaminan makanan, kerana purata rakyatnya berpendapatan tinggi dan mampu membeli dari negara luar.

Namun, kebergantungan seperti ini sebenarnya tidak menjamin sepenuhnya bekalan makanan untuk sesebuah negara. Faktor ekonomi, logistik mahupun geopolitik sering menghidangkan ketidaktentuan yang mungkin menggugat status quo yang dinikmati. Menerusi usaha kerajaan yang berterusan sejak bertahun lama­nya, Alhamdulillah kita telah ba­ngun­kan satu sektor pertanian yang ber­jaya memenuhi sebahagian be­sar keperluan makanan negara.

Merintis
Tahap Sara Diri (SSL) untuk bahan makanan utama berada pada kedudukan yang selesa, teruta­ma beras, ayam, telur, ikan, buah-bu­ahan dan sayur-sayuran.Industri ternakan negara, con­toh­nya, mampu membekalkan ham­pir semua ayam, telur dan ikan yang kita perlukan.

Namun jika dikaji dengan lebih men­da­lam, sebenarnya bekalan pro­duk-produk ini masih belum benar-benar terjamin. Ini adalah kera­na kita mengimport hampir 100 peratus bahan mentah untuk maka­nan ayam dan ikan yang kita ternak, iaitu jagung bijirin dan soya. Itulah sebabnya kerajaan sedang merintis jalan ke arah penanaman jagung bijirin supaya kita kurang bergantung kepada bekalan negara luar.

Selain itu, jika satu ekosistem baru dapat diwujudkan dalam bidang jagung bijirin ini, ia bakal membuka peluang besar kepada para pengusaha di sepanjang rantaian nilainya. Ini termasuk mereka yang terlibat dalam pembenihan, penanaman, baja, penuaian, pengeringan, pengumpulan, pemprosesan, logistik, penjualan, pengeksportan dan pembiayaan.

Selain kecukupan makanan, kualiti dan nilai khasiat makanan yang dihasilkan juga penting. Sama ada kita hendak wujudkan generasi bijak ICT yang mampu menerajui ekonomi digital, mahupun kita mahu bentuk sepasukan pemain bola sepak yang mampu membawa negara ke Piala Dunia – permakanan hari ini akan menyokong pembangunan negara masa depan.

Atas matlamat inilah kerajaan kini sedang merangka untuk membangunkan industri tenusu negara, dimulakan di dua “Lembah Tenusu”, iaitu di Muadzam Pahang dan Keningau Sabah. Ini akan mengurangkan kebergantungan kita kepada susu import, yang kini berjumlah RM2.8 bilion setahun, dan pada masa yang sama memastikan bekalan susu segar yang berkhasiat untuk anak-anak kita.

Kepada banyak negara besar, agenda pengeluaran makanan bukan lagi dilihat dari segi untung rugi, peluang pekerjaan mahupun pendapatan. Malah mereka melihat tanggungjawab memastikan rakyatnya masih bertani, masih menternak dan masih ke laut adalah keutamaan terpenting yang perlu dipertahankan.

Kerana mereka tahu, negara yang tidak cukup makan adalah negara lemah yang terdedah kepada pelbagai ancaman. Semua ini menggambarkan bahawa bidang penghasilan makanan bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi, tetapi mempunyai kepentingan strategik lebih besar. Kedaulatan makanan adalah asas kekuatan negara.

Masa depan Malaysia yang kekal makmur dan merdeka bakal ditentukan oleh suatu sektor agromakanan yang boleh berdepan apa jua cabaran. Ia bakal ditentukan melalui keupayaan kita untuk melahirkan generasi agropreneur muda yang mampu menjadi pelapis kepada wira-wira petani, penternak dan nelayan kita hari ini. Selamat Hari Makanan Sedunia!

Dasar Pertanian Negara !

Lembu import, babi eksport
SABAN tahun bila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, naik muak mendengar kenyataan, bekalan daging cukup, harga terkawal. Realitinya, bekalan tidak pernah cukup. Harga pula tidak terkawal. Sehinggakan ayam biasa mencecah harga RM30 seekor.

Bila berlaku kenaikan mendadak barangan terkawal, kedengaran kata-kata jangan makan itu dan ini, kita boikot. Rakyat marhaen seperti saya yang kurang berwang pun ikutlah kempen tersebut, malangnya orang lain yang berwang terus makan dengan sedapnya.

Peliknya, bila tiba Tahun Baharu Cina, amat jarang sekali masalah ini muncul. Bekalan babi sentiasa cukup, harga terkawal. Tiada siapa merungut, kecuali rumah orang Melayu tinggal berdekatan dengan kandang babi.

Pendek kata, selagi kita menjadi pengguna, selagi itulah kita akan terus berhadapan dengan masalah demi masalah yang tidak pernah akan selesai ini. Kita akan terus menjadi mangsa.

ALLAH telah mengurniakan kita dengan bumi yang sangat subur. Cucuklah tanamannya apa pun, esok bertunaslah ia. Sawit, kelapa, getah, kopi, koko dan kurma misalnya, bukan tanaman asal di sini, tetapi dari negara lain. Campak sahaja di bumi bertuah ini, menjadi sokmo. Tidak bersyukur lagi dengan nikmat ALLAH ini.

Hasil bumi, laut dan langit semua kita ada, sehingga melimpah ruah. Tetapi tidak pernah cukup. Ini tidak termasuk sumber minyak yang biasanya kedapatan di negara Arab.

Persoalannya, kenapa kita masih mengimport? Bukan mengeksport? Kita cuma bangga menjadi pengeksport babi, bukan hasil tani yang lain?

Ke manakah perginya dasar yang sangat baik seperti Dasar Pertanian Negara dan Buku Hijau yang mahu meningkatkan hasil tani dan daya saing? Apakah kita semua lupa? Kedua dasar ini saban tahun dibincangkan tetapi tidak ke mana?

Saya masih ingat, pada tahun 2006, kempen ini telah dihidupkan semula. Tiga komponen utama difokuskan iaitu Tanaman (bercucuk tanam), Ternakan dan Akuakultur. Program ini akan memberi fokus di kawasan bandar dan luar bandar dengan menggalakkan rakyat bercucuk tanam dan menternak ayam dan ikan atau dengan kombinasi yang sesuai untuk kegunaan sendiri dan selebihnya boleh diproses/guna sendiri.

Tujuannya untuk meringankan beban kewangan rakyat akibat kesan kenaikan harga barangan makanan dan kesan kenaikan kadar inflasi. Pada masa sama ia dapat mewujudkan kesedaran dan menggalakkan rakyat mengeluarkan sendiri makanan segar, berkhasiat dan selamat.

Kerajaan telah meluluskan sebanyak RM15 juta bagi tahun 2008 dan untuk fasa 1, sebanyak RM5 juta telah diagihkan. Dengan peruntukan tersebut Jabatan Pertanian telah menetapkan sasaran seramai 187,000 keluarga di 2,880 Kampung dan Taman Perumahan di seluruh negara.

Apa hasilnya? Bidang pertanian yang sepatutnya menjadi bidang kepakaran kita sudah jauh ketinggalan berbanding dengan Thailand dan negara lain.

Kita ada Jabatan Pertanian, Mardi, UPM, Risda dan badan berkaitan pertanian. Malangnya semua membawa haluan masing-masing. Inilah perangai orang Melayu. Maaf. Semua mahu menunjukkan kehebatan, meskipun mereka tidak sehebat mana. Kenapa tidak disatukan kepakaran ini menuju kepada negara pertanian hebat seperti negara lain?

Kita buat kertas cadangan untuk mendapatkan kelulusan. Apabila sudah dapat, kita pun sub kepada orang lain. Akhirnya, Cina jadi kaya, kita kaya sekejap. Kemudian berbini ramai. Di Dusun Trolak kini heboh dengan anak-anak kita curi durian.

Sebagai orang Islam saya amat malu sungguh apabila Malaysia lebih terkenal sebagai pengeksport babi, sedangkan permintaan dalaman tidak banyak berbanding dengan lembu, kambing dan ayam.

Saya sarankan, pada tahun depan dan seterusnya, tidak payah lagilah buat pengumuman bekalan daging cukup ke tidak? Pakat-pakat buat kerja. Kurangkan NATO, no action talk only.

Lebih malangnya, belum pun isu hasil tani reda, tiba-tiba muncul pula idea untuk menjadikan ketum sebagai tanaman komersial. Apakah ketum boleh mengenyangkan perut? Atau meramaikan lagi penagih dadah yang rata-ratanya orang Melayu?

Fokuslah kepada hasil pertanian yang boleh mengenyangkan perut dan bukan sebaliknya. Saya tidak boleh bayangkan jika suatu masa nanti negara kita dikenakan sekatan ekonomi oleh kuasa besar, apakah kita bersedia atau mati kelaparan?

Negara pertanian seperti China sejak dahulu hingga sekarang, tidak pernah tergugat, meskipun pernah mengamalkan dasar tutup pintu dan dikena sekatan ekonomi suatu ketika dahulu. Kenapa? Mereka tidak bergantung kepada hasil import. Apakah kita terpaksa makan binatang haram suatu masa nanti kerana terlalu bergantung kepada import? Lembu import babi eksport. - sinarharian  

Friday, October 14, 2016

Lima Perbezaan Antara Nafsu & Cinta

CINTA dan nafsu, perbezaan dasar antara kedua hal itu dapat dijelaskan sebagai makan ais krim dan gooseberry. Ais krim menarik perhatian dengan cepat dan rasa manisnya membawa anda ke tempat jauh.

Sedangkan gooseberry, pahit di awal tapi meninggalkan rasa manis di belakang. Sementara ais krim tidak sihat, gooseberry sangat sihat.

Jadi , nafsu seperti ais krim dan cinta lebih seperti gooseberry . Cinta dan nafsu adalah perasaan yang kuat kepada orang lain, namun dua hal ini sering tertukar satu sama lain. Nafsu adalah perasaan sesaat, sedangkan cinta kekal.

Ada perbezaan antara cinta dan nafsu , lima di antaranya adalah sebagai berikut...

Ghairah dan kasih sayang
Ghairah adalah sifat dasar nafsu. Anda hanya tertarik satu sama lain tanpa perasaan yang kuat dari hati. Nafsu hanya kecenderungan seksual atau minat yang dirasa oleh anda untuk pasangan . Nafsu hanya ada ketika hubungan anda masih segar dan dan layu selepas itu. Kasih sayang adalah asas di mana cinta berkembang . Oleh kerana itu, ada banyak tanah untuk cinta tumbuh . Hal ini sengit dan semakin kuat seiring berjalannya waktu.

Dangkal dan dewasa
Tidak diragukan lagi bahawa nafsu bersifat cetek kerana hanya didasarkan pada saat ini , daya tarik dan kesenangan sesaat. Ini adalah perasaan delusional yang membuat anda ingin lebih tanpa banyak berfikir . Pada masa yang sama, cinta adalah perasaan yang lebih matang. Anda mengerti dengan jelas apa yang baik dan apa yang buruk, serta akhirnya memberi anda kebahagiaan. Semua tentang masa depan , keselamatan, dan kebahagiaan. Ketika sedang jatuh cinta, anda siap memberi tanpa mengharapkan ganjaran apa pun.

Obsesi dan komitmen
Obsesi adalah kata yang tepat untuk menjelaskan nafsu. Ini hanya naksir atau keinginan fizikal terhadap orang lain. Jika anda tidak mendapatkannya, kemarahan dan kecemburuan akan muncul. Cinta adalah perasaan yang berlawanan dengan nafsu. Seseorang akan bersabar dan bersedia untuk menerima cabaran yang muncul. Orang yang jatuh cinta akan berusaha menyelesaikan konflik daripada menyerah . Jadi , selalu ada rasa memiliki dan komitmen dalam cinta , perkara yang tidak pernah boleh diharapkan daripada nafsu.

Keselamatan dan ketidakamanan
Ada rasa aman yang sangat besar jika anda sedang jatuh cinta. Hal ini kerana anda tahu , apa pun yang terjadi orang lain tidak akan meninggalkan anda di belakang. Tetapi jika hanya bernafsu , anda sentiasa merasa tidak selamat ini menjulang tinggi , merasa akan kehilangan pasangan atau pasangan mungkin berpaling atau sulit.
Indah dan menakutkan
Cinta tidak diragukan lagi perasaan yang indah dan sihat. Keindahan cinta berasal dari fakta bahawa ada penerimaan secara dewasa akan ketidaksempurnaan orang lain. Anda diterima apa adanya dan itu adalah hal yang hebat. Di sisi lain , nafsu menakutkan kerana tidak ada komitmen dan anda sentiasa cemas tentang ketulusan orang lain. Juga dalam nafsu anda cenderung hanya memikirkan diri sendiri. Anda ingin pasangan menjadi seperti yang anda inginkan dan hasilnya tidak pernah boleh mulus.-Anonymous

Wednesday, October 12, 2016

Kuasa Beli Dan Bajet 2017

RAKAN penulis yang baru pulang dari United Kingdom sungguh terkejut dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia. Setelah bermastautin selama lima tahun di luar negara, dia cukup terasa dengan kenaikan itu. Menurutnya, ada antara barangan tersebut mengalami kenaikan 100 peratus dalam tempoh lima tahun. Baginya, kenaikan itu cukup mendadak. Ditambah lagi, rakan penulis ini berlatarbelakangkan jurusan perakaunan, pastilah setiap sen kenaikan harga barangan dan perkhidmatan diambil peduli secara serius.

Umum mengetahui, situasi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan seolah-olah sukar dibendung sama sekali. Bagi rakyat Malaysia yang tidak pernah bermastautin di mana-mana negara di dunia dalam tempoh terdekat ini, ke­naikan harga barangan dan perkhidmatan sudah menjadi sebati sehinggakan seolah-olah tidak begitu terasa sebagaimana rakan saya tersebut. Sebenarnya, di mana-mana pun, ramai yang mengeluh akan kenaikan harga barangan dan perkhid­matan yang meningkatkan kos sara hidup mereka. Jadi, tidak hairanlah kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa berhati-hati dalam berbelanja pada masa ini.

Sabtu lalu, penulis berkesempatan menghantar kereta untuk diselenggara. Bayangkan, pada waktu tengah hari, bengkel tersebut masih lengang tanpa ada sebuah kereta pun. Penulis ingatkan semasa cuti hujung minggu, sudah tentulah ba­nyak kereta dihantar untuk diselenggara, namun sebalik­nya berlaku. Sepanjang 10 tahun menjadi pe­langgan setia bengkel tersebut, jarang sekali situasi sebegini berlaku. Penulis bertanya kepada pemilik bengkel akan hal ini. Jawapannya, pelanggan kini sanggup menunggu sehingga di saat-saat kenderaan amat memerlukan penyelenggaraan, baharulah dihantar ke bengkel.

Walhal, per­belanjaan pengguna amat pen­­ting dalam merancakkan eko­­­nomi domestik Malaysia. Bagi penulis, perkara ini tidaklah mengejutkan ekoran pengguna semakin hari semakin berhati-hati berbelanja. Faktornya tidak lain tidak bukan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melebihi peningkatan pendapatan mereka. Jadi, kuasa beli mereka pun semakin kurang. Semakin kurang bermaksud jika dahulu mereka mampu membeli dua barang, kini untuk membeli barangan yang sama hanya satu kuantiti sahaja yang mampu dibeli. Inilah yang semakin meresahkan rakyat Malaysia.

Jadi, usahlah terkejut apabila ada pakar hartanah menyatakan jika golongan muda tidak membeli rumah sebelum tahun 2020, maka mereka tidak mampu lagi membeli rumah. Kecualilah yang sudah bergelar jutawan pada ketika itu. Dengan kata lain, hanya yang kaya-raya sahaja mampu membeli rumah selepas tahun 2020. Jika ini berlaku, maka lebih ramailah rakyat Malaysia yang terpaksa menyewa sepanjang hidup mereka. Perkara ini sudah menjadi kebia­saan bagi rakyat negara maju. Majoriti rakyat hanya mampu menyewa.

Adakah trend yang sama akan berlaku di Malaysia? Walhal, tanah-tanah di Malaysia masih banyak. Sebenarnya apa yang berlaku kerana kerakusan segelintir pihak yang memiliki wang yang banyak. Menjana kekayaan tanpa mengambil peduli orang lain. Misalnya, sudah menjadi lumrah golong­an sebegini membeli rumah di bandar-bandar besar seperti di Lembah Klang. Tujuannya, untuk dijual kembali atau disewakan dengan harga yang cukup tinggi. Ada antara mereka mengambil peluang menyewakan rumah dengan harga ribuan ringgit sebulan kepada ekspatriat. Alasan diberi, majikan ekspatriat ini sanggup dan mampu membayar sewa rumah yang tinggi.

Akhirnya, harga rumah sebegini akan meningkat tinggi. Inilah sikap segelintir rakyat Malaysia yang terlalu memikirkan diri sehingga tidak ambil peduli kesan tindakan mereka kepada masyarakat dan generasi akan datang.

Ini baru satu tindakan, belum lagi mengambil kira hal lain. Maka, semakin ramailah yang dikategorikan miskin bandar selain miskin luar bandar. Apa yang memeritkan, mereka yang tergolong sebagai miskin bandar ini tangga gajinya seumpama berpendapatan sederhana tinggi namun hakikatnya pendapatan sebanyak RM6,000 sebulan hanya cukup-cukup makan.

Natijahnya, semakin ramai terpaksa menjalankan dua kerja untuk menambah pendapatan dan meningkatkan kuasa beli mereka. Ada yang sanggup bekerja sehingga lewat malam sehinggakan memberi kesan terhadap kesihatan mereka. Apa yang membimbangkan, kesan tersebut memudaratkan kerja hakiki mereka pada sebelah siang ekoran tidak cukup rehat. Walhal rehat itu juga sebenarnya “pendapatan”. Dengan rehat yang mencukupi barulah produktiviti dapat ditingkatkan. Sekali gus, memberi kesan yang positif terhadap kerja, majikan dan ekonomi negara.

Situasi menang-menang sebeginilah yang diinginkan oleh semua pihak. Namun, realitinya semakin hari situasi sebegini jauh daripada jangkauan semua pihak. Ramai yang tertanya-tanya apakah episod sebegini akan berpanjangan setelah Malaysia bergelar negara maju pada tahun 2020? Apakah ada jalan penyelesaian untuk mengukuhkan kuasa beli rakyat Malaysia sehingga benar-benar mampu membeli apa yang perlu dimiliki sebagai rakyat negara maju?

Kedua-dua soalan ini hanya boleh dijawab oleh tukang rangka strategi kewangan negara. Menjelang pembentang­an Bajet 2017 pada Jumaat minggu hadapan, rakyat benar-benar mengharapkan strategi ampuh dalam meningkatkan pendapatan mereka. Segeralah “redakan” kos sara hidup rakyat dengan memperkenalkan insentif-insentif ampuh dalam Bajet 2017. Pastikan kuasa beli rakyat ditingkatkan agar kesejahteraan tidak sekadar dinikmati oleh segelintir golongan elit dan mewah sahaja.

Monday, October 10, 2016

7 Ciri Lelaki Ideal Yang Patut Anda Cari

Orang kata bercinta itu indah, yang menjadikannya indah bila anda berjumpa dengan orang yang betul. Setiap orang inginkan pasangan hidup yang sempurna. Sempurna? Paras rupa yang elok, beragama, baik, dan macam-macam lagi. Tapi tak semua yang kita nak akan diperolehinya. Lebih baik jika anda bersama dengan orang yang mampu merubah diri anda jauh ke arah kebaikan, yang mengajar anda erti kehidupan, yang boleh bertolak ansur dan memahami diri anda. Tapi persoalannya adakah si dia sekarang ini punyai ciri-ciri tersebut? Kalau ya, apa cirinya?

1. Si dia perkenalkan anda kepada perkara yang anda tidak pernah bayangkan
Bukankah indah jika anda berpasangan dengan individu yang kontra, anda api si dia air. Mungkin anda boleh belajar tentang sesuatu bila bersamanya. Dan bukankah ianya perkara menggembirakan perkara yang anda tidak pernah lakukan semua hidup, anda lakukan. Contohnya, pasangan anda seorang penyanyi dan kali ini si dia menjemput anda berduet bernyanyi bersama. Sepanjang hidup anda langsung tidak pernah terfikir untuk menyanyi di depan khalayak ramai tetapi bila bersama si dia pelbagai perkara anda lakukan. Bukankah itu perkara yang indah!

2. Si dia mendorong anda untuk melakukan yang sesuatu yang lebih baik
Si dia mendorong anda untuk menjadi orang yang lebih baik tanpa terus meletakkan tekanan ke atas anda. Pasangan anda berfungsi sebagai insentif terbaik untuk mengatasi batasan anda. Ketika anda dalam keadaan ingin putus asa, adalah penting untuk mempunyai seseorang yang memberi kata-kata semangat dan sentiasa berikan sokongan pada anda.

3. Si dia punya daya penarik
Ini merupakan orangnya yang anda boleh habiskan masa bersama, sentiasa bersama dan langsung tidak membosankan. Dia mempunyai daya penarik untuk hiburkan anda, mungkin juga punya sense of humor yang mampu menghilangkan stress anda.

4. Si dia buatkan diri anda sentiasa rasa disayangi
Anda tidak akan berasa seperti anda kehilangan sesuatu. Semua yang anda perlukan betul-betul berada di hadapan anda, seseorang yang dapat memberikan inspirasi kepada anda. Mereka membuat anda sedar bahawa anda mempunyai semua keupayaan untuk mencari kepuasan diri.

5. Si dia membantu anda mencapai matlamat anda dan memahami kepentingannya kepada anda
Jika anda berminat dalam bidang muzik, si dia akan cuba memahami dan tidak menghalang anda atas sebab-sebab mementingkan diri sendiri. Mereka memahami bahawa kebahagiaan peribadi anda adalah penting dalam hidup anda.

6. Si dia mencabar anda
Si dia tidak akan mengatakan ‘ya’ apabila anda meminta pendapat yang jujur. Malah, si dia bukan seseorang yang sentiasa bersetuju dengan pendapat anda, kadang-kala anda bercanggah pendapat dengan si dia, walaupun bercanggah tetapi sebenarnya si dia mahu anda gapai apa yang anda idamkan.

7. Si dia membuatkan anda sedar bertapa berharganya diri anda
Selama ini anda merasakan si dialah yang menyelamatkan anda, si dia cukup sempurna dan menjadi role model dalam hidup anda tetapi dalam anda tidak sangka, anda menunjukkan sesuatu yang luar biasa, luar daripada sikap sebenar anda. Jika sebelum ini anda seorang yang penakut tetapi sekarang ini anda pantang dicabar. Secara tak langsung membuatkan anda sedar untuk hargai diri sendiri.  - Anonymous

Bangsanya Juga Semakin Terpinggir.....

Bahasa Melayu semakin terpinggir
BAGI penduduk asal dalam kebanyakan tempat di Kuala Lumpur terutama di pinggir bandar, pasti mengetahui sejarah pembukaan tempat tinggal mereka.

Namun tentu memilukan apabila tempat tinggal mereka suatu ketika dahulu yang dibuka oleh peneroka asal daripada keturunan Melayu kini ditukar namanya dalam bahasa asing.

Semakin banyak nama kawasan yang asalnya dalam bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu telah ditukar kepada bahasa Inggeris. Ada juga tempat yang baharu dibuka terus dinamakan dalam bahasa Inggeris. Alasan pemaju adalah lebih bersifat komersial.

Sebagai contoh Kerinchi, merupakan sebuah penempatan yang telah dibuka oleh orang Kerinchi dari Sumatera, Indonesia sekitar kurun ke-19. Malah masyarakat tersebut mempunyai identiti dan sejarah unik tersendiri.

Apabila mereka tiba di Kerinchi iaitu sebuah kawasan yang tidak jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur, mereka telah membina penempatan dan mengusahakan pelbagai kegiatan ekonomi terutama pertanian.

Setelah lebih 100 tahun mendiami kawasan tersebut dan telah melalui beberapa fasa pembangunan termasuk pembinaan rumah teres, flat kos rendah dan sederhana serta stesen aliran transit ringan (LRT), nama Kerinchi kini dilupakan selepas diberi nama baharu, Bangsar South City.

Perubahan nama daripada Kerinchi kepada Bangsar South City ternyata mencetuskan kemarahan penduduk tempatan kerana pembangunan di kawasan berkeluasan 24 hektar tersebut telah menghakis sejarah pembukaan Kampung Kerinchi.

Secara tidak langsung, pembangunan itu mewujudkan jurang yang ketara apabila hartanah yang dijual mahal dan tidak mampu dibeli penduduk tempatan. Di situ sahaja, sudah hilang identiti budaya bangsa.

Jika nama Kerinchi masih lagi tercatat pada papan tanda jalan, nama Kampung Abdullah Hukum pula hanya dicatatkan pada stesen LRT.

Kampung Abdullah Hukum mempunyai sejarah yang hampir sama dengan Kerinchi. Malah kedudukannya juga tidak jauh dari Kerinchi iaitu kira-kira dua kilometer sahaja dan terletak lebih dekat dengan pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Hari ini, Kampung Abdullah Hukum sudah lenyap, hanya tinggal nama yang suatu masa nanti pasti akan dilupakan. Atas nama pembangunan, rumah-rumah kampung telah dirobohkan dan diganti dengan pangsapuri dan kondominium mewah, KL Eco City.

Sebuah lagi pembangunan yang tidak melambangkan identiti Malaysia ialah pembukaan kawasan perumahan mewah berhampiran Taman Melati, yang telah dinamakan sebagai KL East.

Selain kawasan sekitar Kuala Lumpur, terdapat juga tempat-tempat lain yang telah dinamakan dalam bahasa asing seperti Ainsdale, Bangi Gateway dan sebagainya.

Melihat perkara tersebut, Presiden Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin melahirkan rasa terkilannya dengan pihak tidak bertanggungjawab yang merendahkan martabat bahasa Melayu atas tiket pembangunan.

“Saya sedih melihat bahasa Melayu terhina di negara sendiri. Siapa lagi yang nak mengangkat martabatnya, kalau bukan kita, rakyat negara ini.

“Melihat nama tempat dan rancangan televisyen menggunakan bahasa asing, ia umpama satu tragedi buat bahasa Melayu. Meskipun ada undang-undang dan garis panduan tetapi penguatkuasaannya amat lemah.

“Semua pihak perlu ada semangat patriotik untuk memperkasakan bahasa Melayu. Untuk apa gunakan bahasa asing bagi menamakan tempat di negara kita?.

“Kita ada perkataan yang sesuai, misalnya Bangi Gateway dan KL Gateway, kenapa tidak dinamakan Gerbang Bangi dan Gerbang KL?” katanya ketika ditemui.- utusan

Saturday, October 8, 2016

Apabila kita Malu Dengan Wajah Kita Sendiri.....

Iklan berbahasa Inggeris akibat ketirisan dalam PBT?
KUALA LUMPUR - Kebanjiran papan tanda dalam bahasa Inggeris yang tidak mematuhi Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 pindaan 2002 berkemungkinan besar disebabkan oleh ketirisan dalam kalangan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, PBT merupakan organisasi bertanggungjawab meluluskan iklan dan sepatutnya lebih tegas dalam penggunaan bahasa Melayu di iklan seperti digariskan dalam undang-undang tersebut.

“Persoalannya, mengapa syarikat bebas membuat iklan yang besar sebab kita tahu semua iklan yang menyalahi penggunaan bahasa boleh disaman oleh PBT, malah iklan tersebut perlu diturunkan serta-merta,

“Situasi yang berlaku sekarang adalah banyak syarikat berani menggantung iklan sambil pada iklan tersebut terdapat nama PBT yang meluluskannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas titah Sultan Perak, Sultan Nazrin yang berdukacita dengan sikap segelintir PBT dan syarikat besar yang tidak menghormati bahasa Melayu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan, Prof. Emeritus Dr. Hashim Musa berkata, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus ditonjolkan menerusi satu akta yang mewajibkan setiap PBT merujuk kepadanya sebelum memberikan kelulusan iklan.

“Sebelum ini, tiada akta yang ditetapkan sehingga banyak PBT tidak mengambil serius aspek kebahasaan di dalam iklan dan secara tidak langsung kesilapan mereka menyebabkan kecelaruan bahasa kebangsaan.

“DBP adalah agensi yang perlu bertanggungjawab dalam isu ini dan semua tindakan yang akan dilakukan perlu selaras dengan undang-undang yang ditetapkan dalam akta yang akan diwujudkan kelak,” katanya

Ketua Sekolah Warisan dan Peradaban Universiti Islam Malaysia (UIM) Prof. Tan Sri Dr, Abdul Latiff Abu Bakar pula berkata, sikap tidak hormat terhadap bahasa Melayu dan kurang pengawasan dan penguatkuasaan PBT adalah punca bahasa tersebut makin menghilang di negara ini.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, sikap kurang yakin terhadap bahasa Melayu menyebabkan negara kita tidak dapat mencontohi Jepun, China, Jerman dan beberapa negara di Eropah yang terus pesat membangun dengan hanya menggunakan bahasa ibunda mereka.

“Apa yang penting adalah kualiti perkhidmatan dan mutu barangan. Jika mahukan juga bahasa Inggeris di papan tanda, syarikat boleh letakkannya dalam saiz kecil selepas bahasa Melayu,” jelasnya. - utusan online

Friday, October 7, 2016

Uniknya Iklan Masa Dahulu

Bermula iseng-iseng mencari foto jaman dahulu, saya nyasar ke gambar iklan Jadul Tempoe Doeloe. Ternyata dunia hasil karya advertiser jaman dahulu engga kalah dengan advertiser jaman sekarang, reka bentuk unik banget.

Berikut adalah beberapa koleksi Iklan Jadul Tempoe Doeloe yang boleh membawa anda bernostalgia kemasa lalu:

Iklan baju kutang


Iklan Permen Karet.



Iklan Kain tenun


Iklan Sepatu Bata


Iklan Air Kramas a.k.a Shampoo


Iklan Skype


Iklan Youtube


Iklan Twitter


Iklan Facebook


Iklan Kamera kodak


Iklan Pepsodent


Iklan Obat


Iklan Jamu Habis Beranak


Iklan Kancut


Iklan Mobil Fiat


Iklan Biskuit


Iklan  Angkerbir


Iklan Obat kuat yang paling baik


Iklan Honda C-70


Iklan Garuda Indonesia


Iklan Film


Iklan Sabun Lux


Iklan Bateri


Iklan Baygon




Iklan Sabun


Iklan Buku Sulap


Iklan Lampu Osram


Wah, jaman dahulu udah ada kuis-kuis yang ada di fb


Iklan Baju Distro


Iklan Baju distro Hadji Doedoek


Iklan Jam


Iklan Balsem


Iklan Balsem


Iklan Coklat


Iklan Toko


Iklan Buku


Iklan Blue Band


Iklan bumbu masak


Iklan Sabun


Iklan Minyak rambut


Iklan Susu


Iklan Susu


Iklan sabun LifeBuoy


Iklan mobil Chevrolet


Iklan Pepsodent

Sumber : loperartikel